PUISI LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

PUISIMU LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

Saturday 12 March 2011

ku harap sinaran kembali

ku harap sinaran kembali

oleh Eyta Oshin pada pada 11hb Mac 2011 pukul 10.12 pagi
cinta itu suci tapi adakah ianya lahir
dari hati yang tulus ikhlas sesuci yang diimpikan...
keluhuran hati dan budi bagaimana penantiannya..
adakah sekadar satu persinggahan.
cinta hadir tanpa diduga....
datang tanpa dipinta
pergi tanpa dipaksa...
akhirnye ramai yg terluka~~~~
sekiranya aku punya daya untuk diundur waktu...
ingin ku warnai semula hidup tanpa sebarang warna2 suram
biar kelam hidup ku...
diwarnai warna2 keindahan...
tapi akulah pungguk kesepian....
Yg rindukan bulan dari hari ke hari dan
merindumu dari bulan ke bulan..
kubiarkan air mata mengalir..
mengharap sebuah duka itu hilang...
dan kini mata ini kemarau..
kerana hadir mentari yg sentiasa menyinari...


rintik rintik hujan ku ditinggalkan

rintik rintik hujan ku ditinggalkan

oleh Eyta Oshin pada pada 11hb Mac 2011 pukul 4.26 ptg
hujan kau turun lagi
bersama angin
berterbangan dedaun
bertaburan
billa hati gundah gelisah
kupandang keatas
hujan umpama sebutir
mutiara yang turun
ku tenung selama mungkin
bersama deruan angin
ku melayang
terkenangkan
oh kenangan
masih segar diingat..
apakah mungkin kau lupakan
disebalik mendung awan
ku berteriakkan
memanggil namamu
pulang,,
hujan turun aku yang ketakutan
kerna menunggu kepulangan
kau yang tak kunjung datang
hingga aku kebinggungan
dimanakah kau menghilang
selama ini kau tak pernah
muncul datang
aku yang dalam kebosanan
hingga akhrnya aku
melupakan kenangan
hujan tetap
kunjung datang,,,
tapi diri kau terus menghilang,


ku harap sinaran

ku harap sinaran

oleh Eyta Oshin pada pada 11hb Mac 2011 pukul 8.28 ptg
semalam,
dalam gelap itu,
aku meraba mencari satu sinar
dalam kegelapan itu aku telah belajar
tentang sebuah kesusahan
sebuah kesengsaraan
aku menyingkap pada tirai kamar yang
terbuka luas
sedang aku juga terdengar teriakan dari makhluk yang lain
aku lihat,
ketika itu tidak ada satu sinar yang memancar
maka baru aku tahu
sinar itu akan ada
bila usaha itu menyinar


bila cinta mula dikuasi minda

bila cinta mula dikuasi minda

oleh Eyta Oshin pada pada 13hb Mac 2011 pukul 12.33 pagi
bila bicaraku berwarna warni ..
tintaku mula menari..
bait baitku berlagu irama
hatiku gembira
kerna kau buat ku ketawa
kadng kadang buat aku menitis air mata
bisa kau berkata kata
kerna tinta kau mereka
bait yang buat aku sendiri keliru
apakah ini gelora
bila tinta tersalah mereka
bila kelru bermain diminda
apakah itu tanda
persoalan dari
minda tak terucap
dibicara....
kelu lidah kerna salah
sangka..
bicaraku
terhenti disini
biar hati yg meronta
kerna aku takut
dengan kata kata
kerna bisa buat aku gila
kerna cinta,,,,,,,,

mentari kerinduan

mentari kerinduan

oleh Eyta Oshin pada pada 13hb Mac 2011 pukul 11.54 pagi
mentari kembali
menyinari alam in
cantik sekali bunga mekar berseri
angin pagi buat driiku tenang
langkahku terus kedepan
melihat cantik sungguh mentari pagi.
disebalik ranting2x dedaun
ku terpandang wajahmu
kerinduan padamu
membuat hatiku
tekenangkan
bicara manismu
sayang dimanakah dirimmu
adakah masih diindung
rembulan
ataupun mentari pagi
sudah dilupakan.......


harusku berdiam

harusku berdiam

oleh Eyta Oshin pada pada 11hb Mac 2011 pukul 9.03 ptg
Aku ingin diam
mengurung mimpi sepanjang hari
diruang tempat dulu engkau sempat berdiri
mengalun sendu ditelingaku
rindu membasahiku
bertahan d antara desiran halus angin.
bertahan diantara harum bunga
aku bukan boneka,
bukan juga arca atau dewa
yang harus kau sembah dan kau puja
kerana aku insan biasa..
aku ingin kan cintamu...
bukan dustamu.
adakah ini salah diri ku
ataupun kau sengaja
ingin sakiti
hati ku ini atau aku sudah kau jemu
berterus terang sejujurnya
jangan kau sembunyi
aku kebingungan.sampai bila..

kedamaian ku disini

kedamaian ku disini

oleh Eyta Oshin pada pada 09hb Mac 2011 pukul 4.32 ptg
hanya kepadanya aku mencari ketenangan
bersamamu kutemui kebahagian
kadang kadangku kerinduan
kerana ku kesepian
tapi bersamamu ku temui ketenangan
bersamamu setiap malam dan siang
sepi mendatang tapi disitu
kedamaian tersimpan
aku syukur padamu tuhan
keranamu aku masih
menghembus udara
siang malam
tapi aku tidak pernah syukur
nikmatmu tuhan
kerana kelalaian
cumaku pinta padamu
tetapkan imanku agar
aku ingatkan kamu
walaupun kususah ataupun kusenang
bersamamu kutemui
ketenangan dan kedamaian.

sajakku puisiku

salam ukhwah....sahabatku

oleh Eyta Oshin pada pada 12hb Mac 2011 pukul 12.10 ptg
sahabat..

Aku perlukan kau setiap masa
Saat aku senang atau kurang....
jangan lah kau menghilang.......
bila aku atau kau dalam kesusahan
tapi kita tetap seperti dulu tersenyum riang..

sahabat...
Kau tak sedar aku juga perlu kamu..
Aku juga pernah jatuh terduduk malah lebih teruk dari kamu...
Namun... aku masih tersenyum... bersabar dgn dugaanku...
ingatlah kita tetap sahabat dunia akhirat
sahabat....
Aku menulis bukan untuk sesiapa..
Sebab aku tahu aku tak punya apa..
Untuk aku tawarkan kepada kamu selain pelita....
Untuk menerangi kamu biarpun berjelaga...

tak kira siapa kamu sahabat,,,
Pintaku cuma satu...
agar hubungan kita sentiasa berpanjangan
Hargailah aku,,.
Aku juga akan hargai dirimu seadanya
semoga apa yang kita bicara kan dikenangan
walaupun hanya di alam maya hubungan kita terjalin'
tapi kemesraan jelas dalam terang.
aku sayang kau sahabat
semoga ukhwah berpanjangan

sajakku puisiku

cinta sejati kah

oleh Eyta Oshin pada pada 12hb Mac 2011 pukul 6.43 ptg
pasrah tak terperi
bawa hati .pergi
ku pandang ke kiri
hanya wajahmu ditepi
ku berlari pergi
tinggalkan memori
tapi aku tetap menanti
jika hati itu kembali
tapi belum sempat
ku alih pergi
kau sudah
hilang disisi
kenapa begini
aku salah lagi
melukai hatimu
setiap hari
tapi aku pasti
aku tetapkan
berada disiisimu
setiap hari
walu pun kau menyakitkan hati
salah kah aku buat begini
adakah ini cinta sejati.....


sajakku puisiku

luahan rasa

oleh Eyta Oshin pada pada 13hb Mac 2011 pukul 12.58 pagi
bila kata kata jadi tanda tanya,,
keliru bermain diminda
kerna diri dibelenggu irama antara suka tau pun terpaksa..
menerima kerna simpati dari hati
kerna bisa buat ku kecewa dan diluka
tapi aku tetap meluahkan
dari terseksa menderita
itulah kelirunya,
jadilah ia sebuah cerita selama lama nya

sajakku puisiku

kata kata manis

oleh Eyta Oshin pada pada 12hb Mac 2011 pukul 7.01 ptg
hati hati dengan kata kata
hati hati bila bicara
kerana kata kata boleh memisahkan
kerana kata kata jua boleh mencetuskan kasih sayang
kerna kata kata bisa membuatkan
semua orang leka
dan terlupa....
kerana kata kata jua boleh buatkan
kita bermuram duka
kata kata umpama pisau dimata
diasah selalu boleh luka
tangan yang memegangnya
kata kata jua bisa menceriakan
telinga yang mendengarnya
kata kata jua membuatkan kita
jatuh cinta.....
kata kata jua buat kita tak tidur malam
kerna kata kata indah keluar dari hati
yg tulus ikhlas disulami bunga bunga
kata kata jua pengikat kasih sayang
kerna bisa buat hati tersenyum
muka berseri seri kerna kata kata
bisakah kau berkata kata lagi
aku rindukan
kata kata manis mu

sajakku puisiku

Bila berjuang kerana ALLAH,
Hati redha kerana ALLAH
Keperitan ditelan sebagai juadah
Dugaan Itu tempat bersinggah,,
Kejayaan adalah mimpi indah, ,
Harapan ku tambatkan di setiap sujudku
Ketika cinta bertasbih bagai cahaya
Anugerah terindah itu yang ku impi
Andai ditakdirkan aku rebah
Bimbing lah aku
Wahai jiwa, berilah aku rasa
Walau sepahit mana hempedu ditelan,
Bukan bermakna itu pengakhiran sebuah dugaan.
Mungkin madunya menanti masa keluarkan
manisan,...
Andai hatiku tiada pengisian
Kau curahkan ilmu didada ku
Hadirkan dalam jiwaku
Jangan ada kekosongan
Kerana aku perlukan
Sokongan ..
Untuk membimbingku
Kearah yang nyata
Jangan biarkan ku
Diawangan,,kerna aku lemah
Bimbinglah aku ..
Sahabat.... Teman.....Rakan..