PUISI LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

PUISIMU LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

Saturday 21 May 2011

TERDENDAM DALAM SAYANG

Seorang anak gadis Mak Siah sedang menjemur kain diampaian,diperhatikan oleh adik nya Salwa.
Salwa  anak Mak Siah yang no 2 dari pada 4 orang anak Mak Siah.diantara 4 orang anak Mak Siah Salwa lah yang paling berpelajaran sikit dari Adik beradik yang lain...dan Salwa juga paling cantik  dalam keluarga  ini.

"Wa tolong la akak angkat kain sama, tak guna  menung  kat situ ". kata Salina pada Adiknya Salwa

"alah akak aje angkat kain tu,nanti Wa lipatkan". Salwa berbalas kata pada Salina sambil mengambil kain dari Kakak nya..

Sememangnya Anak -anak Mak Siah begitu akrab sesama mereka,Salina anak yang sulung sudah lanjut usia masih belum berkeluarga ,Dia banyak menolong Mak Siah  berniaga ,itulah mata pencarian keluarga ini. Setelah kematian Ketua keluarga .Suami Mak Siah sudah lama meninggal.Sejak anak anak Kecil lagi,Semua Tanggungjawab  terletak dibahu Mak Siah,tapi Mak Sah beruntung punyai Anak -anak yang memahami .selain dari Salina dan Salwa .Anak anak Mak Siah yang  no 3 bernama Sarida, sudah berkerja sebagai pemyambut Tetamu disebuah Syarikat Swasta .mana kala Saida yang no 4 pulak masih belajar lagi ditingkatan 5 tahun ini akan  menduduki peperiksaan SPM.
Rutin setiap pagi Mak Siah  bangun awal pagi untuk memasak nasi lemak untuk beniaga,dibantu anak sulungnya Salina,

"wa bangun  la wa, tolong mak bungkus nasi lemak jap." kejut Salina bangun kan Salwa

"ish akak ni awal  pagi sangat ,boleh tak wa tak bangun pagi ,gantuk la". kata Salwa sambil menarik selimut menutup  kaki nya yang gebu dan terserlah putihnya..sememangnya Salwa cantik dari kakak dan adik adiknya.Dia juga sering dipuji oleh orang kampung Ramai jejaka kampung yang menaruh hati pada Salwa.Tapi Salwa tak pandang pada  jejaka kampung,,itulah Salwa anak Mak Siah yang cantik diantara semua anak anak nya. disebab kan itu juga Salwa terasa bangga pada kecantikkannya.

"wa ,Mak tak dapat bagi lagi duit yang wa nak belikan buku tu, bolah tak mak tangguhkan bulan depan".kata Mak Siah pada anak gadisnya Salwa.

"ala mak wa nak guna dah buku  tu ,macam mana wa nak study tak ada buku panduan."salwa  memuncungkan bibirnya sambil berpaling dari Mak Siah.

"hmm tak pa mak ..ambik duit ina yang ina simpan kat mak hari tu , beli aje buku yang wa nak tu".kata Salina sambil pujuk Mak Siah.

"ina duit tu bukan kah ina nak beli mesin jahit baju"kata Mak Siah pada Salina.

'tak pa mak bagi wa dia lagi perlu,macam mana dia nak belajar  kalau tak ada buku, lagi pun ini tahun terakhir  wa  kat universiti tu kan". kata Salina sambil  menyiapkan kuih yang sedang dia buat.

"kalau macam tu kata kamu ina mak guna dulu duit tu bagi wa".kata Mak siah

"Salwa esok pagi  sebelum  wa balik, tolong mak ambil  daun pisang, boleh tak."ujar Mak Siah

"kak ina kamu nak buatkan tepung bungkus  ada orang tempah" kata Mak Siah pada Salwa yang dari tadi asyik mengadap laptopnya,,
entah apa jadah nya yang dibuat Mak Siah pun tak tahu.maklumlah Mak Siah bukan pandai bab tu semua.
mana kala Salwa dari tadi  asyik tak berganjak dari katil nya.

"kak wa!!..kak wa!!  kak wa!!"..panggil  Sarida tercunggap-cungap

"apa hal kamu ida jerit panggil akak, macam nak runtuh rumah nie kau jerit".sergah Salwa pada Adiknya..Ida.

"akak tak dengar ke henset akak berbunyi dari tadi bising la ida nak baca buku"kata Ida sambil berikan henset pada Salwa.

"adoi sapa pulak telefon pepagi ni".bisik Salwa sambil melepaskan rambut nya yang panjang .

"helo..sapa ni '.Salwa  merenung  no yang tertera di skrin henset ,tak aku kenal no ni sapa yer ,rungut  dihati Salwa.

talian terputus .

"cis dah call aku tak nak jawab pulak" kata Salwa  sambil Salina perhati dari hujung dapur  tengok kelakuan adiknya..

Dah habis berniaga  Mak Siah .mengemas  bungkusan yang  ada diatas meja . sambil tu menyimpan  duit hasil jualannya pagi ni.

"hari ni dapat berapa mak jualan kita'.tanya Salina ..

"macam selalu  ina,rezeki hari ni alhamdulliah".Mak Siah  kata pada ina

"mak, perasan tak wa sekarang  dah berubah sejak  tinggal di Kuala Lumpur.

"dulu kalu balik selalu tolong kita niaga sekarang wa banyak mengadap komputer riba dia aje,
dari pagi kemalam tak habis  habis  sampai makan pun tak peduli"
ina takut mak ,wa tahun akhir  ,dah banyak duit  mak korban buat wa..duit biasiswa pun tak cukup tiap tiap bulan minta kat mak". rungut ina pada Mak Siah..

"mak pun perasaan ina,mak perhati aje biar kan dia  kita tengok dia macam mana nanti".Mak Siah  banyak membela Salwa kalau Salina merungut tentang hal adiknya.
Diam Salina bila Mak Siah  berkata  begitu...
__________________________________________________

"Ina , mana Wa mak tak nampak dia dari tadi sejak balik". ujar mak sambil tangan nya memotong daging untuk dimasak tengahari ni..Mak Siah memang suka masak makan kegemaran Salwa kalau anak nya balik bercuti..

"entah..ringkas aje jawab Salina..

"adik kamu kemana pun kamu tak tahu ke ina'. Mak Siah merungut marahkan ina.

"hmm mak.. wa dah besar  bukan macam dulu kecik ,masa kecil ina boleh la jaga dia'.balas ina  sambil berlalu pergi kedapur.ina tak nak layan Mak Siah.kalau dilayan selalu berbalah semua kerana Salwa.

hati salina berbulu jugak bila Mak Siah asyik menangkan Salwa dari kecil hingga sekarang .Salwa aje yang betul..terasa hati Salina .
"aku tahu la aku tak cantik ,tak ada pelajaran,dah umur 33 tahun pun tak ada sapa nak..hmm ..bisik hati Salina....
itu yang selalu Salina kenangkan bila hatinya terasa ..

"ida oh ida.", panggil Mak Siah dengan suara yang lantang

"yer mak ,  ida tengah menyapu didepan  tadi ". ida yang baru balik dari sekolah tadi terus buat kerja yang selalu dibuatnya,..itu rutin harian Saida.

"nampak tak beg duit mak yang mak tinggal tadi disini".tanya  Mak Siah.

"tak nampak pun".jawab  ida.

"mana aku letak beg duit tadi entah la". rungut Mak Siah.

"ina!! ina!!  mana mak letak beg duit  tadi, nampak tak".tanya Mak Siah

"mak letak dimana tadi". tanya ina

"sebelum pergi niaga tadi mak letak disini , duit semalam kita niaga mak terlupa simpan". kata Mak Siah.

Sambil tercari cari dimana beg  Mak Siah .Ina dan  adiknya Ida mencari di depan...sudah satu rumah Mak Siah dan anak nya ina ,ida mencari.

"banyak ke duit dalam beg mak tu". tanya ina  sambil mata mencari..

"ada la nak buat modal beli barang untuk esok..mana aku letak entah la"rungut Mak Siah.

"biar la mak beg tu dalam rumah  nanti jumpa la tu mungkin mak letak ditempat lain  kut". kata ina...

"ina .kau masak la mak nak cari jap beg tu" Mak Siah menyuruh ina masak tengahari ..

aku masak nati kalau tak sedap pulak bising si wa ..nanti..bisik hati ina.sambil menjeling  mata pada ida.
ida tersenyum macam faham apa kata kakak nya ....
Hidangan tengahari dah siap masak. masakan kesukaan Salwa rendang daging dengan  sayur  pucuk ubi.

"mana kamu pergi tadi wa baru nampak". tegur Mak Siah  bila nampak wa muncul tiba tiba dari dapur.

"wa pergi kepekan kejap tadi mak. beli barang sikit esok nak bawa balik ". ucap wa ,sambil tangan  nya memegang kotak kasut yang baru dibeli nya.

"cantik kasut tu kak wa". tegur ida.

"mesti mahal kan". kata ida lagi.

"alah murah aje offer tadi kat kedai kat pekan  ..akak beli la tengok cantik".kata Wa sambil memakai kasut yang baru dibeli nya.

'banyak duit kamu wa'. kata Mak Siah..

"duit biasiawa tu ada lagi sikit ,Wa beli la satu mak , tengok cantik.".kata Wa

"wa duit yang sikit  tu kan boleh simpan , kata nak beli buku  ,kenapa boleh beli kasut pulak". rungut Salina pada Salwa.

"kak nie saja la  suka bagi hilang mood wa nak makan".marah  wa..

sudah !!sudah.. depan rezeki pun nak bergaduh," marah Mak Siah  pada ina..
"ina pergi ambil nasi kat wa ".suruh Mak Siah  kepada Salina.

Salina yang menurut perintah Mak Siah  pergi terus ke dapur ambil nasi buat Salwa.

"nak ..ambil nasi tak kan nak bubuh dalam pinggan pun akak  nak kena buat jugak"sindir Ina geram..
sambil mata wa menjeling  marah pada Salina.

"makan wa daging masak rendang  tu .esok kamu dah nak balik..nanti tunggu dua tiga bulan pulak kamu baru balik". kata Mak Siah pada Salwa..

lagi mengada gada la si wa nie. bisik hati ina sambil makan..rasa meluat  mula timbul pada Salwa tiba tiba.
"mak tadi wa ambik duit mak dalam beg yang mak tinggal kat meja tadi..".kata wa bersahaja.

"kamu ker yang ambil beg duit mak tadi".tanya Mak Siah pada Salwa.

"haa alah nanti wa ada duit wa ganti balik yer mak".kata wa sambil tersenyum pada Mak Siah.

"wa itu bukan pinjam  wa itu nama nyer curi tanpa izin  mak".celah ina.

"aalah akak tu dengki la tu".sindir wa pada ina.

"sudah sudah la ina ". mak tahu la nanti wa ganti blik duit mak tu....kata Mak Siah pada Salina.

hmm..itu yang mampu Salina  katakan.
____________________________________________________________________________
Petang   sudah menjangkau senja .Salwa masih lagi melayan komputer riba nya...apa pun  tak dia pedulikan.Yang dia pedulikan hanya komputernya sahaja,,solat apa pun sudah tidak dipedulinya lagi,,Salina yang dari tadi sudah siap buat kuih untuk dibawa balik Salwa  pun sudah selesai..
Mak Siah tertidur selepas solat tadi....gamak nya letih betul badan Mak Siah sejak akhir akhir nie...Sarida adik Salwa pun sudah ada dirumah ..baru balik siap mengemas rumah .itulah rutin setiap anak dara Mak Siah  ..yang diajar dari kecil....tapi Salwa  tak macam dulu.. dia banyak mengulat ..asyik asyik Ida adiknya jadi mangsa suruhan nya...
Didalm bilik Salina bersembang dengan Sarida adik nya

"sa.kau perasaan tak mak selalu beratkan wa kan" tanya Salina pada Sarida.

'sa pasan kak ina malas la sa nak ambik peduli..lagi pun kak wa kan cantik ,pandai tentu mak sayang dia. kita mana ada rupa hitam pulak . wa putih melepak,,sapa tengok pun berkenan tentu mak lebih sayang dia lagi".Kata sa panjang lebar.

"yer la akak pun terasa sa bila mak selalu kata akak ni tak ada sapa nak pinang,,sampai ke tua la kamu tak kawin". nada sedih Salina meluahkan pada Sarida walaupun Sarida adik nya...dia selalu meluahkan perasaan pada Sarida setiap kali hati Salina sedih..

'Biarlah kak ina..apa pun kita tak menyusahkan mak sudah la akak".
"tiap tiap bulan kita bagi duit pada mak,, kak ina pun jahit baju pun masih boleh bagi duit  pada mak.walau pun sikit kan.."kata Sarida sambil tersenyum kambing...

Tuesday 10 May 2011

"Air mata adalah salah satu cara dia mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona laki-laki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki wanita. Dia dapat mengatasi beban lebih dari laki-laki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum saat hatinya menjerit, mampu menyanyi saat menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa saat ketakutan. Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia girang dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran. Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA, DIA SERING LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."
Menangisku dalam takut akan siksa-Mu.
Menangisku dalam gundah akan azab-Mu.
Menangisku dalam sedih akan kelalaianku.
Menangisku dalam khuwatir akan kehidupan akhiratku.

Ketika solatku tak lagi tepat waktu...
Bahkan tak jarang aku melupakan Cinta-Mu.
Ketika Al Qur'anku berdebu dan tak tersentuh...

Ku buka almariku...
ku bongkar kembali buku-buku lamaku,
mencari dan terus mencari...
Dengan ketakutan luar biasa,
bagaimana jika tak pernah ketemu

Cinta yang dulu pernah kurasakan...
Ketenangan yang dulu hinggap seakan tak mungkin hilang.
Dalam sujudku...
Dalam untaian Cinta,ayat-ayat kitab suci-Mu.

Ke mana aku harus melangkah...
aku pun bertanya,seraya.....
Berdo'a memohon petunjuk-Mu.
Astaghfirullah

Kembaliku bersihkan hatiku,
Kembaliku ikhlaskan amalku,
Kembaliku tumakninahkan sujudku,
Kembaliku membuka lembaran Firman-Mu,
Kembaliku mendekatkan diri dengan para shalih-Mu,
Kembaliku mengingat akan ketidak abadianku.
Laa ilaaha illallah...

Monday 9 May 2011

perbezaan ini

ku telah benar menerka sikapmu
dan kini ku tau apapun dirimu tetaplah ada sisi baikmu
apa yg kurasakan memanglah tak slalu kau setujukan
tak pernah akan sama

tapi kini ketahuilah keinginan kita
walau tak semuanya harus disatukan
kita harus saling mengerti
saling memahami agar tak ada bertengkar

apa yg ku lihat benar belum tentu benar untukmu
dan sekarang saatnya mungkin ini jalannya
hargailah sgala perbezaan ini
agar semuanya dapat disatukan

.

perbezaan ini

ku telah benar menerka sikapmu
dan kini ku tau apapun dirimu tetaplah ada sisi baikmu
apa yg kurasakan memanglah tak selalu kau setujukan
tak pernah akan sama

tapi kini ketahuilah keinginan kita
walau tak semuanya harus disatukan
kita harus saling mengerti
saling memahami agar tak ada bertengkar

apa yg ku lihat benar belum tentu benar untukmu
dan sekarang saatnya mungkin ini jalannya
hargailah segala perbezaan ini
agar semuanya dapat disatukan