PUISI LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

PUISIMU LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

Tuesday 26 April 2011

YA ALLAH..JADILAH AKU ISTERI YANG TERBAIK BUATMU

oleh Ummi Marsheyta pada pada 26hb April 2011 pukul 11.10 ptg

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan batin
Kau kUrniakanlah aku dengan sifat redha
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuh segala cubaan Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih pada sesama insan


Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadhu akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala macam masalah

Tetapi ya Allah…Seandainya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku arungi segala takdirMu
Seandainya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Seandainya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbaiki keadaannya
Seandainya suamiku menyintai kesesatan
Bimbinglah aku untuk menarik dirinya keluar dari keterlenaannya


Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kekhilafan dan keterlanjuranku
Seandainya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhoi
Seandainya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Seandainya aku ingkar dan durhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu


Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cobaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku mohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan takdir Mu
Kerana aku sadar hinanya aku
Kerana aku lena dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi teguran Mu
Kerana pendek akal ku mengarungi ujian Mu


Ya Allah Tuhanku…….
Jadikanlah aku isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang senantiasa dihatimu

Amin, Ya Rabb Allamin

No comments: