PUISI LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

PUISIMU LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

Wednesday 24 August 2011

~~HARI YANG HAMPIR TIBA~

"Firz kenapa ni apa salah abang pada Firz, " tanya Muaz  bila Firz cuba mengelak dari berjumpa dengan diri nya.

"Cakaplah Firz ,tolong lah jangan buat abang macam nie Firz" rayu Muaz sambil mata nya memandang wajah manis wanita yang bernama Firz .yang dikenalinya sudah hampir 5 tahun.Gara -gara tersalah kereta..

Perkenalan Muaz dengan Firz tanpa di sengaja..kerana Muaz tersalah membuka kunci kereta ..Kereta perdana yang hampir serupa dan nombor pun hampir sama.Itu yang membuatkan Muaz tersilap kereta..

"Hey pencuri!!!  tak ada kereta lain ke nak curi kereta saya jugak awak nak curi.
sambil Firz berlari...menuju ke keretanya.
tanpa di duga Muaz cuba mengelak namun tiba- tiba Firz terlanggar batu yang berada ditepi kereta perdana ..Apa lagi jatuh firz didepan Muaz..tersungkur...

"Aduhhhh!! sakitnya."

"Awak tak apa ke"tanya Muaz sambil cuba bangunkan Firz..

Namun dengan muka yang merah Firz tempis tangan Muaz.
"Awak ini memang pencuri kereta yer!!!!!!!" marah Firz sambil menahan luka di tangan nya..

"Maaf cik saya tersilap kereta .maaf sekali lagi" Muaz cuba berlembut dengan Firz.
Namun Firz tak puas hati lagi .Tetap marahkan Muaz.

Tapi kenapa entah tiba tiba Firz serba tak kena bila mata Muaz menatap wajah nya..serba serbi Firz pandang..
.
"Awak mari saya hantar awak pergi klinik, luka awak teruk berdarah"pujuk sang teruna yang buat hati Firz berdebar tiba-tiba..

"Tak payah," marah Firz.

"saya boleh ubat sendiri "

"Maafkan saya ..awak" ,

"Saya Muaz..awak? tanya Muaz cuba untuk berdamai..

"Ini kad saya ,sambil Muaz mengeluarkan  duit dari  poket seluarnya ,ambik duit ini buat rawat tangan awak"
"Maaf saya kena pergi dulu apa apa nanti awak call saya,"Muaz terpaksa pergi disebabkan temujanji dengan Pengarah Urusan .

Sejak kejadian itu Firz tak pernah berjumpa dengan Muaz lagi......
*********************************************
Begitulah cinta Firz dan Muaz .saat pertemuan  mereka.namun mengapakah Firz cuba mengelak dari Muaz.Jadi tanda tanya pada diri Muaz.cuba dipujuk dirayu namun Firz tidak mahu berkata juga..
Hingga satu hari Muaz bertemu dengan sahabat baik Firz..Atie.

"Muaz ,bukan aku tak mahu bagi tahu tapi kau tanya lah sendiri dengan Firz.Aku tak  nak masuk campur dalam hal ini." Kata Atie sahabat baik Firz.

"Apa masalah nya Atie,sampai aku pun di tak mahu jumpa, call lagi tak mahu angkat.Sampai bila  dia nak derakan perasaan aku ini,sakit Atie ,Firz main kan aku' Rayu Muaz pada memohon simpati dari Atie.

"Muaz,Firz tak main perasaan kamu,kenapa tak tanya dia saja.'Tanya Atie.

"Atie ,kalau aku tanya dah lama aku tahu jawapan darinya,ini aku nak jumpa pun susah dan 3 minggu aku tak jumpa dia."Rungut Muaz sambil memandang kelibat seorang yang dikenali nya.

"Tu bukan Firz kan,dia dengan sapa tu,"Tanya Muaz pada Atie.

"jap aku nak jumpa dia"

"Muaz ,jangan pergi , aduh sakit kau Muaz."Atie seperti tahu apa terjadi.
Dalam Muaz mencari Firz dengan tak sengaja dia terlanggar seorang Pakcik yang sedang membawa cucunya.

"Maaf Pak cik,saya tak sengaja,"kata Muaz tapi matanya memandang disekeliling pasaraya .

"Tak pa nak,''
Sambil bersalam dengan Pak cik yang dilanggarnya tadi,tiba -tiba kelibat Firz didepan matanya.
apa lagi dengan berwajah marah Muaz menerpa pada Firz,
"
Firz pasal ni Firz tak nak jumpa abang kan,Firz dah ada orang lain "

"sampai hati Firz ,sampai hati!!..abang tunggu Firz ,abang call Firz ,abang tertanya -tanya  sebab apa Firz tak nak jumpa abang, rupa nya Firz dan ada yang lain,'Sedihnya Muaz bila nampak Firz dengan seorang lelaki.nampak sungguh mesra hubungan mereka.

"kenapa diam Firz ,abang tanya Firz,kenapa?jawab Firz.

"Abang tolong jangan disini,nanti Firz jelaskan pada abang ,Please abang,"Kata Firz sambil berjalan menuju ke parking kereta.

Muaz dengan marahnya menarik tangan Firz .

"Abang !sakit ."

'Bila ? nak jumpa Firz pun abang  susah ,sekarang Firz jelaskan didepan abang,"

"Abang ,Firz minta abang bersabar boleh ,berikan Firz masa buat penjelasan ."Rayu Firz airmatanya mengalir seperti takut .

"Firz kenapa dera abang Firz!!tolong lah Firz jangan buat abang tertanya lagi."

"please!!!!

Firz bagaikan tak mahu bersuara,airmatanya mengalir laju bila rayuan Muaz membuatkan hati nya sebak.Firz terus masuk kedalam kereta.Tak sanggup menatap mata Muaz..akhirnya Firz berlalu tinggalkan Muaz dalam tertanya lagi..

Tuesday 23 August 2011

~~DUHAI HATI~~

Duhai hati
mengapaku diiuji
mengapaku dikeji
mengapa .......
hati yang terluka sering bertambah luka
bisa bagaikan menusuk hati
terpalit rasa hempedu
tersakit bagaikan terkena pisau belati
tanpa darah tanpa nanah
namun parut kekal tak mampu kutorehkan
bisa bagaikan ada lagi...

Duhai hati
pasrah dalam derita
tak mampu dihuraikan
dalam jalan ceritaku
andai waktu bisa dikembalikan
ku sanggup elakkan dari pertemuan
yang membawa derita kini..
namun semua terjadi tanpa diduga perasaan.
biarlah luka berparut jadi ingatan rasa
kecewa melanda..
walau pahit mengenangkannya.

Duhai hati
ku pasrah menerima..dalam nyata...
tiada lagi bahagia .airmata bertemankan cerita
dunia cinta tanpa rasa lagi..tak sanggup tempohi ..
andai ada rasa biarlah bermain dijiwa
andai luka lagi tak sanggup kurawat hati...
biarlah kusimpan segala rasa ..
bertemankan hatiku sendiri.......

Sunday 21 August 2011

~~PIMPIN TANGANKU BERSAMAMU DALAM PERJALANAN INI~~

Jarak kita jauh lagi...
berjalan berlari mampukah lagi
dalam berlumba berlari ada tewas
dalam nada kecewa.
ku katakan mengapa sukar
banyak rintangan banyak halangan
tak terdaya harungi ..tiada kekuatan diri

Langkah kaki meneruskan perjalanan ini
tanpa tanya tanpa kata terus pergi
bagai turutkan kata dihati
jatuh bangun sudah tak bererti
perjalanan ini pasti terus tanpa arah..

Huluran tangan bagai mahu bersama
pimpin arah tunjukkan jalan
tersedar ku dalam keletihan
terpancar cahaya disebalik wajah
dalam gelap ku ternampak jalan

Indah hidup beriringan berpimpin tangan
menuju arah yang sama mencari siapa kita
dalam mencari jangan mudah berkata putus asa
hidup tiada arah bagaikan tiada bermakna
bersama samalah bertanya berpandukan
iman di dada....

Friday 19 August 2011

~~WANITA~~

Wahai..
wanita usah kau perdaya
sang pemujuk dialam maya
pandai berkata kata
hingga ada yang jatuh cinta

Wahai..
wanita jangan pandang rupa
seorang lelaki dengan gayanya
nampak berkemeja berkereta mewah
macam kaya
tapi sebenar kaki tipu daya
habis kikis duit semua wanita

Wahai..
wanita ucap kata berlegar diminda
pandai merayu dan mengoda
siapa pandang mungkin tak percaya
dia baik didepan mata
tapi penipu semua yang bergelar wanita

Wahai
wanita dalam hati hati pun terkena
ini kan pula yang didalam genggamnya
duit dapat semua dapat yang berharga milik wanita
dalam kepuasannya..
yang rugi siapa wanita juga
tiada lagi harta dan maruah tergadai begitu sahaja...

Wahai
wanita sedarlah dunia maya
biarlah kita sekadar bertegur sapa sahaja
jangan terlebih sampai mahu berjumpa
kerana kita tidak tahu siapa dia
nampak warak dan alim tak semestinya
inilah dunia maya dunia tipu daya

Wahai
wanita carilah lelaki kerana agama
kerana agama segala nya bahagia

******************************