PUISI LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

PUISIMU LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

Friday 19 August 2011

~~WANITA~~

Wahai..
wanita usah kau perdaya
sang pemujuk dialam maya
pandai berkata kata
hingga ada yang jatuh cinta

Wahai..
wanita jangan pandang rupa
seorang lelaki dengan gayanya
nampak berkemeja berkereta mewah
macam kaya
tapi sebenar kaki tipu daya
habis kikis duit semua wanita

Wahai..
wanita ucap kata berlegar diminda
pandai merayu dan mengoda
siapa pandang mungkin tak percaya
dia baik didepan mata
tapi penipu semua yang bergelar wanita

Wahai
wanita dalam hati hati pun terkena
ini kan pula yang didalam genggamnya
duit dapat semua dapat yang berharga milik wanita
dalam kepuasannya..
yang rugi siapa wanita juga
tiada lagi harta dan maruah tergadai begitu sahaja...

Wahai
wanita sedarlah dunia maya
biarlah kita sekadar bertegur sapa sahaja
jangan terlebih sampai mahu berjumpa
kerana kita tidak tahu siapa dia
nampak warak dan alim tak semestinya
inilah dunia maya dunia tipu daya

Wahai
wanita carilah lelaki kerana agama
kerana agama segala nya bahagia

******************************