PUISI LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

PUISIMU LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

Saturday 29 October 2011

CERPEN--HARI YANG HAMPIR TIBA

"Firz kenapa ni apa salah abang pada Firz, " tanya Muaz  bila Firz cuba mengelak dari berjumpa dengan diri nya.

"Cakaplah Firz ,tolong lah jangan buat abang macam nie Firz" rayu Muaz sambil mata nya memandang wajah manis wanita yang bernama Firz .yang dikenalinya sudah hampir 5 tahun.Gara -gara tersalah kereta..

Perkenalan Muaz dengan Firz tanpa di sengaja..kerana Muaz tersalah membuka kunci kereta ..Kereta perdana yang hampir serupa dan nombor pun hampir sama.Itu yang membuatkan Muaz tersilap kereta..

"Hey pencuri!!!  tak ada kereta lain ke nak curi kereta saya jugak awak nak curi.
sambil Firz berlari...menuju ke keretanya.
tanpa di duga Muaz cuba mengelak namun tiba- tiba Firz terlanggar batu yang berada ditepi kereta perdana ..Apa lagi jatuh firz didepan Muaz..tersungkur...

"Aduhhhh!! sakitnya."

"Awak tak apa ke"tanya Muaz sambil cuba bangunkan Firz..

Namun dengan muka yang merah Firz tempis tangan Muaz.
"Awak ini memang pencuri kereta yer!!!!!!!" marah Firz sambil menahan luka di tangan nya..

"Maaf cik saya tersilap kereta .maaf sekali lagi" Muaz cuba berlembut dengan Firz.
Namun Firz tak puas hati lagi .Tetap marahkan Muaz.

Tapi kenapa entah tiba tiba Firz serba tak kena bila mata Muaz menatap wajah nya..serba serbi Firz pandang..
.
"Awak mari saya hantar awak pergi klinik, luka awak teruk berdarah"pujuk sang teruna yang buat hati Firz berdebar tiba-tiba..

"Tak payah," marah Firz.

"saya boleh ubat sendiri "

"Maafkan saya ..awak" ,

"Saya Muaz..awak? tanya Muaz cuba untuk berdamai..

"Ini kad saya ,sambil Muaz mengeluarkan  duit dari  poket seluarnya ,ambik duit ini buat rawat tangan awak"
"Maaf saya kena pergi dulu apa apa nanti awak call saya,"Muaz terpaksa pergi disebabkan temujanji dengan Pengarah Urusan .

Sejak kejadian itu Firz tak pernah berjumpa dengan Muaz lagi......
*********************************************
Begitulah cinta Firz dan Muaz .saat pertemuan  mereka.namun mengapakah Firz cuba mengelak dari Muaz.Jadi tanda tanya pada diri Muaz.cuba dipujuk dirayu namun Firz tidak mahu berkata juga..
Hingga satu hari Muaz bertemu dengan sahabat baik Firz..Atie.

"Muaz ,bukan aku tak mahu bagi tahu tapi kau tanya lah sendiri dengan Firz.Aku tak  nak masuk campur dalam hal ini." Kata Atie sahabat baik Firz.

"Apa masalah nya Atie,sampai aku pun di tak mahu jumpa, call lagi tak mahu angkat.Sampai bila  dia nak derakan perasaan aku ini,sakit Atie ,Firz main kan aku' Rayu Muaz pada memohon simpati dari Atie.

"Muaz,Firz tak main perasaan kamu,kenapa tak tanya dia saja.'Tanya Atie.

"Atie ,kalau aku tanya dah lama aku tahu jawapan darinya,ini aku nak jumpa pun susah dan 3 minggu aku tak jumpa dia."Rungut Muaz sambil memandang kelibat seorang yang dikenali nya.

"Tu bukan Firz kan,dia dengan sapa tu,"Tanya Muaz pada Atie.

"jap aku nak jumpa dia"

"Muaz ,jangan pergi , aduh sakit kau Muaz."Atie seperti tahu apa terjadi.
Dalam Muaz mencari Firz dengan tak sengaja dia terlanggar seorang Pakcik yang sedang membawa cucunya.

"Maaf Pak cik,saya tak sengaja,"kata Muaz tapi matanya memandang disekeliling pasaraya .

"Tak pa nak,''
Sambil bersalam dengan Pak cik yang dilanggarnya tadi,tiba -tiba kelibat Firz didepan matanya.
apa lagi dengan berwajah marah Muaz menerpa pada Firz,
"
Firz pasal ni Firz tak nak jumpa abang kan,Firz dah ada orang lain "

"sampai hati Firz ,sampai hati!!..abang tunggu Firz ,abang call Firz ,abang tertanya -tanya  sebab apa Firz tak nak jumpa abang, rupa nya Firz dan ada yang lain,'Sedihnya Muaz bila nampak Firz dengan seorang lelaki.nampak sungguh mesra hubungan mereka.

"kenapa diam Firz ,abang tanya Firz,kenapa?jawab Firz.

"Abang tolong jangan disini,nanti Firz jelaskan pada abang ,Please abang,"Kata Firz sambil berjalan menuju ke parking kereta.

Muaz dengan marahnya menarik tangan Firz .

"Abang !sakit ."

'Bila ? nak jumpa Firz pun abang  susah ,sekarang Firz jelaskan didepan abang,"

"Abang ,Firz minta abang bersabar boleh ,berikan Firz masa buat penjelasan ."Rayu Firz airmatanya mengalir seperti takut .

"Firz kenapa dera abang Firz!!tolong lah Firz jangan buat abang tertanya lagi."

"please!!!!

Firz bagaikan tak mahu bersuara,airmatanya mengalir laju bila rayuan Muaz membuatkan hati nya sebak.Firz terus masuk kedalam kereta.Tak sanggup menatap mata Muaz..akhirnya Firz berlalu tinggalkan Muaz dalam tertanya lagi..

"Atie,kau tengok sendirikan apa yang Firz buat pada aku,?

"Aku  tanya kenapa ,dia tak jawab,siapa lelaki sebelah dia tadi Atie,pelase aku perlu tahu."Rayuan Muaz bagiakn airmata nya mengenag dikelopak matanya.

Atie bagaikan mahu memberi tahu namun takut nanti Firz pasti akan tahu siapa beritahu Muaz.bagi Atie biar Firz sendiri bersuara pada Muaz.namun hati Atie mahu menceritakan pada Muaz,

********************************
Pagi minggu hari ini Muaz  rutin hariannya ke Taman untuk berjongging.Sejak Firz tak bertanya khabar hidup Muaz seakan lintang pukang,setiap kerja yang dilakukan tidak membuaskan.Semakin tertekan bila Ibu Muaz sudah bertanya tentang hubungan nya dengan Firz.

"Bila kamu nak Mak masuk meminang si Firz,"Tanya Puan Sara.

"kamu dah lama berkawan ,Mak teringin nak bermenantu, semua anak kawan Mak yang sama baya kamu pun dah beranak pinak , kamu saja yang nak tunggu bila entah ,"Rungut  si Ibu
.
"Nanti lah Mak ,Muaz bincang dengan Firz dulu"Tak bermaya Muaz menjawab.

"Kenapa kamu ,Mak tengok macam ada masalah aje.

"Tak ada apa lah Mak, Muaz ok jer"Jawab Muaz serba salah.

"Tak apa Mak ,Muaz balik dulu, kerja banyak nak settle,nanti ada apa apa Muaz bagi tahu Mak,Muaz pergi dulu ,"Sambil mencuim tangan Puan Sara Muaz terus beredar dari rumah Ibunya.

Didalam kereta Muaz cuba hubungi Firz, namun talian Telefon nya masih ditutup.benggang betul Muaz bagai mahu aje di ketuk handpone ditangan dia.
Tiba dihentian lampu isyarat Muaz terpandang satu kereta Perdana dihadapan,kenapa entah naluri Muaz bagaikan terasa ada sesuatu akan berlaku bila saat Muaz menukar kan break untuk bergerak tiba tiba kereta dari belakang betul -betul laju.dalam sekelip mata satu rempuhan telah kedengaran betul- betul dahsyat.merempuh kereta Perdana diahadapan,Muaz terkejut terus membrek,
"Ya allah!!!
Muaz terus hentikan keretanya dihadapan
"Tolong cepat accident ni!!
Apa lagi Muaz kelam kabut menolong apa yang perlu,orang dah ramai mengelilingi ,hanya memerhati sahaja.
Tiba-tiba Muaz terpaku sekajap yang di hadapan nya seorang wanita yang dikenalinya, sangat dikenali.

Allah !!! Firz awak ke ni!!

"Firz !!Firz!!Firz!!

Muaz bagai sudah tak sedarkan diri tiba-tiba kepalanya bagaikan diselimut kehitaman.terus tersembam jatuh.

Dihospital Puan Sara sedang menunggu Muaz dari tersedar,Muaz dah 2 hari pengsan .Dr cakap mungkin Muaz terjatuh terkena hentakkan kuat besi.
Sedang Puan Sara memerhati Muaz.

Firz!! jangan tinggal Abang Firz!! jangan!!jangan!!!

"Muaz!!! mengucap nak, mengucap nak . sambil menenangkan Muaz.Dr yang merawat datang.
Setelah diberi suntikan Muaz tertidur kembali.

"Dr apa dah jadi dengan anak saya nie,"Tanya Puan Sara .

"Puan, anak Puan dah sedar dari pengsan sekarang nie saya bagi suntikkan bagi dia tenang dulu.Dia tak ada masalah apa pun.,Harap puan bersabar,"Kata DR Yunus yang merawat Muaz.

Seminggu dah berlalu Muaz masih termanggu lagi dari terkejut.
Kenapa entah tiba -tiba Muaz macam tak kenali diri dan wajahnya sendiri
Puan Sara dah tak tahu nak buat apa lagi,bercakap dengan Muaz pun satu patah perkataan pun Muaz tak jawab,
Hairan Puan Sara

"Assalamualikum,"
Satu suara dari luar pintu memberi salam

"Walaikumusalam"Jawab Puan Sara.

"Saya Atie Mak cik Kawan Muaz dan Firz"kenal diri Atie pada Mak Muaz.

 "oh,Atie,maaf Mak Cik nak tanya sejak Muaz masuk hospital Mak Cik tak nampak Firz,"Belum sempat Atie bersuara Puan Sara telah bersuara terlebih dahulu.

Atie dah tak mampu nak cakap bagaimana, tiba-tiba sebak hati Atie.terus dia peluk Puan Sara
Terkedu Puan Sara saat atie memeluk dirinya.

"Kenapa nie atie ,cakap dengan Mak Cik jangan buat Mak Cik tertanya nie,"

"Firz Firz tersekat sekat suara atie hendak melepaskan"

Akhirnya airmata atie yang terlerai dari belum beri penjelasan,setelah tenang Atie mula bercerita pada Puan Sara, apa terjadi kepada Firz.disaat itu airmata Puan Sara pulak mengalir bagaikan tiada henti.

"Bila arwah nak bawa ke kampung nya,"Tanya Puan Sara.

"petang ini Mak Cik"

sementara Atie dan Puan Sara bersembang, Muaz turun dari katil ,terus menuju keluar , tanpa sempat Puan Sara menahannya.

"Muaz !! Muaz!!,:jerit Puan Sara.berlari Puan Sara cuba mendekatkan diri apa anaknya,

"Muaz , nak kemana nak,"sambil memegang bahu anaknya.

Muaz dari tanya berdiam diri terus bersuara

"Mak Izinkan Muaz iringi permergian jenazah Firz dalam perjalanan dia kekampung,"Berkata Muaz pada Puan Sara. tanpa linangan air mata .wajah yang nampak ketenangan .

Entah kenapa Muaz merasa kosong jiwa nya bagaikan tak mampu nak bersuara lagi,sebenarnya tubuh Muaz menahan lemah untuk rebah sahaja bersama airmata yang tak mampu dibendungkan nya lagi.Setelah terdengar Atie bercerita kepada Puan Sara.

kenapa saat diri kecapi kebahagian aku ditinggal dengan seribu kesedihan yang tak mampu aku pikul.
kenapa Firz kau buat abang tertanya kenapa kau berubah,inikah jawabnya yang kau beri pada abang tanpa kau kata apa-apa  yang kau suarakan dari mulutmu..Ya Allah dugaan apa ini yang kau berikan apa aku.Rintih hati Muaz .

DI Bilik Mayat semua kaum keluarga Firz sedang berkumpul .Untuk dibawa balik jenazah kekampung halaman.
Firz telah menghembus nafas setelah seminggu dia koma , disebab kan kemalangan yang berlaku semingu lalu.
masih segar terbayang lagi saat sebelum Muaz jatuh rebah semingu lalu
keadaan kereta yang dinaiki Firz memang teruk dilanggar kereta Pacu Empat Roda.kalau ikut kereta itu dari arah Muaz tapi kenapa hala kereta itu dituju pada arah Kereta perdana.kenapa dia yang kena bukan aku rintih Muaz.

"abang maafkan Firz yer,"dengan suara tergetar-getar firz merenung Muaz dengan wajah nya yang berlumuran darah kepala.

"Firz !tak salah apa dengan abang , tolong Firz jangan tinggalkan abang!,"sambil mengenggam tangan Firz Muaz cuba memujuk Firz tenang, namun tiba-tiba darah banyak keluar dari mulut Firz ,Muaz terperangat ,dia dah tahu nak buat apa,badan Firz terkulai ditubuh Muaz .Muaz cuba sedarkan Firz namun hanya kedengaran suara keriuhan orang ramai saat itu lah Muaz rebah terhentak besi .

Muaz kuatkan hati menatap wajah kali terakhir Firz.saat itu airmata terbit bagaikan air hujan,tak mampu dia menatap wajah kekasih hatinya yang terlalu disayanginya.pergi tinggal kan dirinya tanpa kata-kata.lagi bertambah kesedihan Muaz disaat Firz bertarung nyawa dengan wajar -wajar dibadanya,Muaz tiada disamping kekasihnya,itu yang buat Muaz terasa hati sangat.

Masih terdengar suara Firz berbisik manja ,
"Abang, nanti kalau kita kawin Firz nak berhenti kerja,Firz nak duduk rumah nak jaga abang,makan minum abang,Firz tak nak abang kurang kasih sayang dari Firz,kan orang selalu bercakap,airtangan seorang isteri itu buat suami sentiasa ingat isteri dimana berada...kan kan heheh," suara manja Firz sebelum  Firz bermasalah dengan Muaz.

Muaz betul-betul sedih diatas kehilangan Firz,sudah sebulan berlalu namun setiap hari Muaz datang ke kubur arwah. disitu Muaz bagaikan ada ketenangan.airmatanya sudah kering .kini hidup Muaz bagaikan tidak bergerti ,sunyi sejak ketiada Firz,kenapa lah hati nya bagaikan ingin turut sama bersama Firz,

"Muaz , nak dengar cakap Mak ni,yang dah pergi biarkan dia pergi dengan aman , kalau  arwah tengok anak mak mesti dia pun sedih jugak ,mak tengok hidup Muaz dah tak tentu arah , makan minum pun dah tak tetap masa.mak tak nak anak mak jadi macam nie, tolong mak Muaz !!tolong Mak,"sendu seorang ibu pada anak nya, sejak Muaz tak tentu  hala Puan Sara sentiasa dekat dengan anaknya.dia takut anak nya buat perkara yang tak sepatutnya,

sejak Firz pergi Muaz sering jatuh sakit ,baru seminggu lepas dia keluar duduk seminggu dihospital .dan semakin teruk sejak seminggu ni kesihatannya, murung , selera makan  makin hilang,Puan Sara pun susah hati melihat kesihatan anak nya , malam tidur Puan Sara sering terganggu dengan jeritan Muaz.Setiap malam Muaz bermimpi benda yang sama. Mimpi nya di buru bayang.
Muaz teringat lagi rancangan nya nak berkawin dengan Firz,ditangan Muaz masih mengenggam cincin yang diberikan kepada arwah .

"sayang,kita kawin nak,"Tanya Muaz satu hari pada Firz.

"ish Abang nie, Firz ada Mak ada Ayah la, pergi minta kat diorang ,kalau diorang lepas ,kira Abang berjaya la ,hehehe ,"Gelak Firz waktu Muaz cuba merisik hati nya.

"Kalau abang suruh Mak pergi minang macam mana,"tanya Muaz.

"Hehehe, Abang malu la Firz ,"Merah muka Firz bila Muaz menyatakan hatinya untuk memperisterikan nya.

"alahh!,malu pulak cubit pipi karang"

"cubit la klau berani"
Berlari Firz dikejar Muaz satu petang.
****************************
Semakin teruk kesihatan Muaz , wajah yang dulu  menjadi pujaan ramai kini dah tinggal tulang,lagi pun muaz dah tidak berkerja semua kerjanya dilepas begitui saja.hidupnya bagaikan tak bermakna.segala nasihat Puan Sara tak didengarinya,kawan- kawan pun hairan dengan sifat Muaz yang dulu cekal dalam apa jugak dugaan.Atie sering datang setiap petang meneman Muaz .Atie lah kini tempat meluah apa yang terpendam di hati Muaz..segala kenangan Firz dia kongsi bersama Atie,atie sudah menjadi sebagai teman pada Muaz.
"Muaz ,Firz pernah pesan pada Atie kalau dia tak ada nanti dia tak nak Abang bersedih,sudah la Muaz , tak kan kau nak hidup macam nie sepanjang hayat kau.kau tak kesian kat Mak kau..Atie tengok Mak Cik dah semakin kurus.kau tak kesian kat diri kau , kau kesian la kat mak kau,"kata Ati memujuk Muaz.
Muaz hanya mampu terdiam sahaja
Satu petang Muaz duduk ditepi kolam,dia teringat kata kata Atie .punca Firz dan dia tak bertegur sapa,
sebenarnya Firz mencari keluarga sebenarnya, Firz baru tahu dia anak angkat kepada keluarga nya.yang Muaz nampak hari  Firz bersama seorang lelaki itu adala adik kandungnya..mak dan ayah Firz yang  sebenarnya dah meninggal  hanya adik kandung dia yang satu -satu walinya untuk urusan perkahwin dia nanti.itu yang Firz tak nak beritahu lagi pada Muaz , dia takut kalau tahu dia anak punggut dari keluarga yang susah. dia malu kalau keluarga Muaz tahu..dan kereta perdana yang dia naik itu kereta yang disewa adik nya untuk membawa Firz ke perkuburan arwah ibu dan ayahnya..

Muaz sedih sangat petang nie,tiba -tiba nafas Muaz tercungap- cungap.macam semput
tak sempat dia hendak bangun . terus jatuh tersepuk kebawah.

"Ya Allah anak aku Muaz !!!"Jerit Puan Sara  sangat terdengar benda jatuh dari dalam rumah.

"Muaz mengucap! nak mengucap!!.jangan buat Mak macam nie Muaz,kejut Puan Sara bila tengok Muaz masih tercungap -cungap.
"Ya Allah Muaz Mak nak buat macam mana nie , jangan tinggal Mak Muaz , jangan!!!,"Rayu  Puan Sara sambil mendakap anak  nya dalam pelukannya.
"Mak! halal makan minum Muaz jer Mak ,Ampun kan Muaz jer ampunnn,"Tersekat -sekat suara Muaz dalam dakapan Mak nya.
Puan Sara menangis bial mendengar suara anaknya
"Mak ampun semua dosa Muaz setiap kali Mat solat nak,.Muaz dah tak ad dosa apa dah nak ,jangan tinggal Mak Muaz . Mak dah tak ada siapa dah ,"sedih nya Puan Sara melihat lemah nya badan Muaz dipangkuan dirinya,
belum sempat Puan Sara panggil pemandunya,Muaz rebah dalam dakapan Maknya.
tangisan Puan Sara semakin kuat kedengaran memanggil anaknya.
akhirnya Muaz menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah 3 bulaN Firz pergi .
berakhirlah kisah cinta yang terbina tanpa diduga dari tersilap kereta , dan berbalah salah sangka akhirnya sama-sama pergi meninggalkan dunia yang hanya sementara.

Indah hidup indah tujuan
hala hidup penghujung jalan
Andai kasih sayang kukuh ikatan
Dihujungnya nanti ada pertemuan

TAMAT~~~

No comments: