PUISI LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

PUISIMU LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

Sunday 21 August 2011

~~PIMPIN TANGANKU BERSAMAMU DALAM PERJALANAN INI~~

Jarak kita jauh lagi...
berjalan berlari mampukah lagi
dalam berlumba berlari ada tewas
dalam nada kecewa.
ku katakan mengapa sukar
banyak rintangan banyak halangan
tak terdaya harungi ..tiada kekuatan diri

Langkah kaki meneruskan perjalanan ini
tanpa tanya tanpa kata terus pergi
bagai turutkan kata dihati
jatuh bangun sudah tak bererti
perjalanan ini pasti terus tanpa arah..

Huluran tangan bagai mahu bersama
pimpin arah tunjukkan jalan
tersedar ku dalam keletihan
terpancar cahaya disebalik wajah
dalam gelap ku ternampak jalan

Indah hidup beriringan berpimpin tangan
menuju arah yang sama mencari siapa kita
dalam mencari jangan mudah berkata putus asa
hidup tiada arah bagaikan tiada bermakna
bersama samalah bertanya berpandukan
iman di dada....