PUISI LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

PUISIMU LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

Friday 3 June 2011

Saat tangan mengangkatkannya
Ku mula berdoa
Mengingati segala dosa
Antara aku dan DIA (ALLAH S.W.T)

Yang tak tahu berapa tangan nak ku bilangkannya
tak terbilang nak dikiranya
Semalam sudah bercerita
Hari ni buka lagi cerita
Dari pagi hingga kesenja
Apa kah benda yang baik saja
Atau pun dosa dosa yang ku pingkulkan nya.

Tangan diangkat
Lemah terasa
Bila mula bicara
Airmata berlinang tanda aku banyak dosa
Maafkan aku sesunguhnya kau
Maha pemurah,ampunkan aku ya allah
segala doa yang kulakukan
dari kecil hingga besar ku tak tahu
dewasaku mula dari akil bahliq

Aku berdoa setiap masa
Sepertiga malam terlepas saja
Kadang kala kuat iman nya
Maka aku sujud padanya
Terasa kerdil aku dengan nya
Hebat sungguh kuasanya
Tak terlawan semua manusia
Taat lah kita semua padanya
Kerna dia pesuruh kita

Disana nanti kita berjumpa
Segala catitan akan dibawa
Apakah kita sudah mencukupinya
Pada yang tua saat kan tiba
Muda jangan kata takkan diambilnya
Kita semua makluk yang hina
Kerna dia maha
HEBAT LAGI BERKUASA SERTA PENYAYANG PULA
Adakah kita cukup sempurna segala
Amalan untuk dibawa.......

Bangunlah solat
Jangan lupa
5 waktu tiang agama
Al Quran tatap lah dia
Rindulah setiap masa jangan dilupa
Puasa kan tiba penuhikannya
Yang mahu mengantikanya
Saat bermula
Marilah kita semua....belajar kembali
Agama islam dengan sempurna.
Dari iqra kita bermula
Belajar lah lagi jangan malu pada siapa
Semua itu untuk kita amalan kita .
Bukan untuk tunjuk hebat pada semua...

PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI..

kasih maisara 1302