PUISI LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

PUISIMU LAKARAN KISAH CERITAKU CERITAMU

Monday 25 April 2011

MADAH MADAHKU..

jangan bilang benci.....bila bayangku membekas dalam mimpi...
jangan mencuba tak perduli...bila matamu menatapku berulang kali...
lihatlah yang terjadi...apa yg kau rasakan selama ini....
semua kerna hati..
 
UMMI~~
''tak perlu jadi lilin atau kelip kelip untuk menerangi orang lain,jadilah ilmu yang memberi cahaya dunia dan akhirat~~
UMMI~~
"jangan pandang kecantikan wajah wanita itu sahaja,tapi lihatlah akhlaknya yang mulia,cantik akhlak cantik lah semua~~~
 
UMMI~~
"pandanglah halaman kamu sendiri,jangan kamu pandang halaman orang lain,walaupun cantik halaman itu,tapi itu halaman orang,~~
UMMI~~
''Sebutir permata tidak akan berkilat tanpa digosok.begitu juga seseorang manusia yang tidak akan sempurna tanpa ujian kehidupan~~~~
UMMI~~
''Persahabatan yang datang biar seperti bayang bayang sungguh pun ia gelap tetapi ia setia disisi kita,apa guna secantik pelangi jika hanya sementara~~~~~~~
UMMI~~
'kekayaan yang paling tinggi nilainya adalah akal fikiran,kemelaratan yang paling parah adalah kebodohan, kesepian yang paling menakutkan adalah bangga pada diri sendiri dan keturunan yang paling mulia adalah budi pererti yang luhur~~~
UMMI~~~
''kita memerlukan paku dan tukul untuk memaku dinding, begitu juga dengan hati yang keras,ia sangat memerlukan hikmat nasihat~~
 
UMMI~~
''Lebih baik dari jadi pendengar bijak daripada menjadi permerhati yang kaku dan tidak tahu apa apa~~
UMMI~~
''Apabila satu satu KESILAPAN itu berlaku pertama kali,ia dipanggil KEBETULAN,kedua kali, KEMAAFAN,ketiga kali,jadi KEBIASAAN,keempat kali akan menjadi AMALAN
 
UMMI~~
'' jangan sekadar melihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya, betul atau tidak itu bukan milik seseorang tetapi, hak sesiapa saja yang berada diatas hidayah kebenaran~~
 
UMMI~~
~~cinta sesuatu yang indah,cinta boleh buat kita gundah,cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kekesalan yang tak sudah~~
UMMI~~
ruginya seorang wanita tidak mahu mengandung.kerana semasa kita mengandung cukup indah sekali..nikmatnya tak boleh digambarkan...wajah wanita mengandung sentiasa bercahaya jika amal di bawa,,
UMMI~~
belajar menerima apa jua keputusan.jangan cepat memberi keputusan tanpa pertimbangkan dulu~~
UMMI~~
Bersihkan hati dengan kata kata indah setiap hari~~
 
UMMI~~
belajar berjalan,belajar berlari,belajar bercakap,bila sudah pandai,jangan kau lupa dimana kau mula belajar berjalan tadi,dimana kau mula berlari tadi.dimana kau mula bercakap tadi..semua nya dri permulaan~~
UMMI~~
bermula dengan kata kata indah,akhir pun biarlah kata kata indah jua
UMMI~~~
Nyanyian alam masih terdengar merdu,burung-burungpun masih berlarian menangkap angin...
UMMI~~~
aku adalah aku.......
ya aku adalah aku......
siapa pun aku......
itulah aku..
 
 

anak kecill itu

RENUNGAN SIKECIL

renunglah mata anak kecil itu
renunglah dia
kerna didalam mata anak kecil itu
...menceritakan perasaannya
perasaan tentang kebahagiannya
perasaan tentang penderitaannya
menderita kerana dahaga kasih
sayang
dimana anak kecil itu
merintih dalam diam
menyembunyikan perasaan
perasaan yang kita
tak mengerti
apa kemahuannya
mengertilah

"ayah".
aku mahukan kebahagian
"ibu"
aku jua mahukan kedamaian
"ayah ibu"
dimanakah hak aku sebagai
anakmu
aku jua perlukan
kasih sayang
aku jua mahukan pelukan
dari kedua dua yang ku sayang
jika itu pilihan mu
jangan salahkan aku jika
aku nanti mencari kasih sayang
diluar batas".

jika anak kecil itu bersuara
ingin diluahkan segala galanya
tapi anak kecil ini
tak mampu
kerana dia terlalu sayangkan
ibu dan ayahnya
renunglah mata anak kecil itu
matanya mengambarkan segala-galanya
Lihat seterusnya..

sayangku tidurlah

Sayang...
Pejamkanlah kedua bola matamu yang indah itu
Resapilah setiap nafas yang kau hembuskan
Sejenak singkirkan semua beban difikirnmu

...Bayangkan engkau ada dibukit nan hijau
Dengarkanlah kicau burung dan gemercik arus sungai tenang disana
Petiklah setangkai bunga disana selipkan didaun telingamu
Rentangkanlah kedua tanganmu
Dan biarkan hembusan angin menggeraikan rambutmu

Hanyutlah dalam keindahannya hingga kau tertidur
Damailah sedamai bayi yang terlahir
Selamat tidur sayang damaikan hatimu dalam mimpi indahmu
Biarkan aku terjaga dan menjaga cinta ini kala kau terlelap.
Lihat seterusnya..

tergoda......pada ketampanan

Dirimu memang mempesona
aku memang trpedaya..
Dirimu memang berkarisma
aku memang terpana.

Bernyanyilah bersamaku
berceritalah bersamaku
tertawalah bersamaku
tersenyumlah bersamaku

mentari yg menyinari pagi
bintang yg menemani rembulan
dirimu yg menyinari hatiku
dirimu yg menemani jwaku..