Bila berjuang kerana ALLAH,
Hati redha kerana ALLAH
Keperitan ditelan sebagai juadah
Dugaan Itu tempat bersinggah,,
Kejayaan adalah mimpi indah, ,
Harapan ku tambatkan di setiap sujudku
Ketika cinta bertasbih bagai cahaya
Anugerah terindah itu yang ku impi
Andai ditakdirkan aku rebah
Bimbing lah aku
Wahai jiwa, berilah aku rasa
Walau sepahit mana hempedu ditelan,
Bukan bermakna itu pengakhiran sebuah dugaan.
Mungkin madunya menanti masa keluarkan
manisan,...
Andai hatiku tiada pengisian
Kau curahkan ilmu didada ku
Hadirkan dalam jiwaku
Jangan ada kekosongan
Kerana aku perlukan
Sokongan ..
Untuk membimbingku
Kearah yang nyata
Jangan biarkan ku
Diawangan,,kerna aku lemah
Bimbinglah aku ..
Sahabat.... Teman.....Rakan..
No comments:
Post a Comment